Sedikit cebisan pengenalanku.

Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak, Malaysia
'Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan tidak ada kesenangan tanpa mengharungi kesengsaraan,' begitulah perumpamaan seorang gembala. Namun begitu jika kita berpegang pada pepatah orang dulu kala bersabar dan berusaha akan mengajar kita menjadi lebih matang dan berjaya.

Wednesday, June 25, 2008

Renungan

Pepatah melayu ada mengatakan, hari ini biarlah lebih baik daripada hari semalam dan esok haruslah lebih baik daripada hari ini. Jadilah seperti jam yang sentiasa bergerak dan bekerja tanpa diarah... yang sentiasa setia dan patuh dengan qada' dan qadar. Dan jadilah orang yang sentiasa bersyukur pada pemberianNya.




Baka jantan yang berumur lebih kurang 3 tahun. Dibeli dari seorang penternak yang berasal di Kuala Kubu. Berat dianggarkan 56 kg. Ini juga kambing jantan yang dibeli ditempat yang sama. Umurnya dijangkakan dibawah 2 tahun kerana keadaan giginya masih halus dan tersusun rapi.

Posted by Picasa

Harga Kambing Terkini


ASS Jamnapari Goat Farm ada menjual daging kambing yang disembelih umurnya kurang dari 12 bulan. Ini kerana bagi memastikan kualiti daging yang dijual bermutu tinggi, rendah kolestrol, tidak berbau dan lembut bila dimasak. Anggaran berat setiap kambing untuk tujuan jualan daging adalah sekitar 30kg hingga 50kg. Harga jualan adalah RM19.00 ke RM 20.00 sekilogram.

Kami juga ada menawarkan kambing bagi tujuan Akikah dan Korban. Kambing untuk jualan akikah dan korban adalah berumur 2 tahun dan ke atas. Semua kambing untuk tujuan akikah dan korban hendaklah dimaklumkan lebih awal agar dapat dipastikan umurnya yang cukup dan tidak cacat anggota badan. Harga kambing jualan akikah dan korban adalah sekitar RM 650.00 sehingga RM 800.00 (bergantung pada berat).

Sekirannya ada permintaan untuk baja organik dan susu, pihak kami juga dapat menyediakannya. Harga bergantung kepada kuantiti yang dipohon.

Segala pertanyaan anda amat di alu-alukan dan kami boleh dihubungi dialamat seperti berikut :

ASS Jamnapari Goat Farm
Lot 2305 Felda Gunung Besout 2,
35600 Sungkai,
Perak.

Mohd Asuwad Asli 013-2340 159
Mohd Sabri Asli 012-2211 319
Muhamad Sahar 013-4737 143


Hasil ternakan ku..

Hasil ternakan ku..
Ibu bersama 2 ekor anaknya